- Diploma Kejuruteraan Mekanical (Automotif), Politeknik-politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang dibangunkan merangkumi pelbagai disiplin meliputi kejuruteraan mekanikal dengan penekanan dengan kursus-kursus bidang kejuruteraan mekanikal dan automotif. Kursus teras yang diikuti adalah Mekanik Kejuruteraan, Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Worksyop, Lukisan Berbantu Komputer, Termodinamik, Makmal Kejuruteraan, Mekanik Bendalir, Pneumatik & Hidraulik, Projek, Teknologi Bahan dan Rekabentuk Kejuruteraan. Kursus-kursus dalam bidang termasuk Elektrik dan Elektronik Automotif, Dinamik Kenderaan, Pengurusan Pusat Servis, Makmal Autotronik, Amalan Bengkel Automotif dan Teknologi Automotif. Kursus am bagi program ini adalah Matematik Kejuruteraan, Aplikasi Komputer, Sains Kejuruteraan, Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dan Keusahawanan. Kursus wajib ditawarkan adalah English for Professional Communication, Pengajian Islam atau Pendidikan Moral, Ko-Kurrikulum and Soft Skill akan
Prinsip Enjin Diesel

Kitaran Empat Lejang (Four Stroke Cycle):-
i – Lejang Pengambilan (Induction Stroke)
Bermula piston di TDC, Piston ditarik ke bawah oleh rod penghubung melalui aci engkol. Apabila piston bergerak ke bawah injap pengambilan terbuka dan udara disedut masuk melalui injap pengambilan.

ii – Lejang Mampatan (Compression Stroke)
Piston bergerak dari BDC ke atas menyebabkan udara dimampatkan dan suhu mencapai 750ºC. Ketika ini kedua-dua injap tertutup rapat. Apabila piston hampir TDC, pemancit mula menyuntik bahan api ke dalam udara panas termampat menyebabkan berlaku pembakaran.

iii – Lejang Kuasa (Power Stroke) 
Bahan api yang disuntik ke dalam udara panas menyebabkan udara termampat tinggi dan bercampur lalu terbakar dengan panas pada ruang pembakaran. Pembakaran udara dan bahan api menghasilkan tenaga haba bahan api yang menyebabkan tekanan haba bahan api, menyebabkan tekanan haba memuncak dalam ruang pembakaran. Tekanan tinggi ini telah menolak piston untuk bergerak dari TDC ke BDC.

iv – Lejang Ekzos (Exhaust Stroke)
Piston bergerak dari BDC Ke TDC oleh tindakan salingan, pada masa yang sama injap ekzos telah terbuka. Ini membolehkan piston menolak gas sisa pembakaran keluar melalui injap ekzos. Selepas gas ditolak keluar, injap ekzos kembali tertutup dan apabila piston hampir TDC injap pengambilan mula terbuka. Kemudian kitaran enjin berulang dengan memulakan lejang pengambilan.

No comments:
Post a Comment